Search
Close this search box.
Foto hiasan, Envato.

Suspek kes bunuh di Taman Tunku, Miri ditahan reman hingga Ahad ini

MIRI, 18 Jan: Suspek berkaitan kes bunuh seorang lelaki warga emas di Taman Tunku, Miri pada Sabtu ditahan reman hingga 21 Januari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisione (ACP) Alexson Naga Chabu, lelaki berusia 40-an yang dikaitkan dengan kes bunuh 13 Januari lalu masih ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Sekarang ini suspek direman 21 Januari ini dan kes ini kita kategorikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ni kes ini masih dalam siasatan lah dan suspek tu kita masih reman sehingga tarikh 21 hari bulan.

Beliau ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan peringkat Ibu Pejabat Daerah Miri pada khamis.

ACP Alexson Naga, Ketua Polis Daerah Miri. Foto TVS

Menurut beliau, suspek yang merupakan seorang gelandangan telah ditahan selepas disyaki membunuh seorang pengawal keselamatan berusia lingkungan 70-an pada insiden tersebut.

Alexson turut menafikan desas-desus yang mengatakan dua orang individu terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

“Setakat ini dalam siasatan awal, kita hanya menahan seorang suspek sahaja,” tambahnya lagi.

Terdahulu, mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri pada Sabtu lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan