Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Majlis Malam Gala Penyelenggaran Jalan Negeri sini malam tadi. Foto, TVS.

Sarawak sasar sifar projek sakit – Douglas Uggah

KUCHING, 18 Jan: Kerajaan Sarawak menyasarkan sifar projek sakit di wilayah ini pada masa hadapan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sasaran itu bagi memastikan peruntukan disalurkan kerajaan untuk projek kesejahteraan rakyat dapat disiapkan pada masa ditetapkan.

Jelas beliau, Sarawak kini melaksanakan peraturan yang mewajibkan kerja-kerja pembinaan dilakukan seawal bulan pertama di tapak.

“Sasaran kita adalah sifar projek tertunda untuk memastikan sejarah tidak berulang dengan mewujudkan peraturan sebulan yang telah dikuatkuasakan,” katanya.

Datuk Amar Douglas Uggah hadir pada Majlis Malam Gala Penyelenggaran Jalan Negeri di sini malam tadi. Foto, TVS.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Gala Penyelenggaran Jalan Negeri di Hotel Sheraton di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengarah JKR Sarawak, Datu Richard Tajan.

Sementara itu Douglas Uggah berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk melihat prestasi projek terutamanya yang tertangguh.

“Jawatankuasa ini berperanan untuk menghasilkan laporan prestasi pertama dalam tempoh tempoh bulan selepas projek dijalankan,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan