Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh pada Majlis Penutupan Dialog Alam Sekitar NREB – EPD Sabah di Kuching, hari ini. Foto TVS

Penurunan kuasa berkaitan autonomi alam sekitar kepada Sarawak dalam proses rundingan

KUCHING, 18 Jan: Penurunan kuasa berkaitan autonomi alam sekitar daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak masih dalam perbincangan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata proses perbincangan tersebut melibatkan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan.

Jelasnya, ia disebabkan pemindahan autonomi tersebut bukan hanya berkenaan kuasa namun ia turut melibatkan peruntukan kewangan.

“Sebenarnya proses perbincangan dengan kementerian sedang berjalan kerana ia ada banyak peringkat yang perlu kita lihat,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Ke-7 Dialog Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) – Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD) Sabah di sini, hari ini.

Len berkata lagi, tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi perbincangan tersebut kerana ia rumit dari aspek perundangan dan turut melibatkan banyak kementerian.

Namun, pihaknya telah memulakan langkah pertama dengan mudah seperti bahagian pentadbiran yang sudah diselesaikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan