Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sesi dialog bersama delegasi Maybank Investment Bank dan pengurus dana, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Pendidikan antara soalan diajukan kepada Abang Johari pada dialog dengan Maybank Investment Bank

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 18 Jan: Pendidikan dan pembangunan bakat merupakan antara skop soalan yang diajukan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sesi dialog bersama delegasi Maybank Investment Bank dan pengurus dana, hari ini.

Sesi dialog selama setengah jam yang dikendalikan Ketua Penyelidikan Serantau Maybank Investment Bank, Anand Pathmakanthan itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini.

Menerusi kenyataan Pejabat Premier Sarawak, beliau turut dikemukakan soalan mengenai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dan fungsi perbankan dalam membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Turut disentuh, Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak dan strategi serta prospek pelaburan khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Hadir sama, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datu Lester Matthew, Pegawai Bertanggungjawab dan Ketua Pegawai Operasi Maybank Investment Bank Tengku Ariff Azhar Tengku Mohamed dan Pengarah Maybank Wilayah Sarawak Abang Jamili Abang Julai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan