Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak di Sibu merampas sejumlah 1,000,000 batang rokok pelbagai jenama dan 894.96 liter minuman keras disyaki tidak berkastam dengan anggaran nilai RM898,581.61 termasuk duti dan cukai. Foto Envato

Kastam rampas 12 juta batang rokok putih di Pelabuhan Utara

ByBernama

KLANG, 18 Jan: Sebanyak 12 juta batang rokok putih dengan anggaran nilai termasuk duti berjumlah RM9.3 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) susulan penahanan dua buah kontena di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang di sini pada 14 Dis dan 29 Dis lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail berkata modus operandi kedua-dua sindiket adalah dengan mengikrar barangan dagangan secara tidak benar bagi mengelak dikesan pihak kastam terhadap rokok putih, yang dipercayai tidak mempunyai permit import itu.

“Kedua-dua kontena tersebut dipercayai dibawa masuk dari China dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi terakhir mereka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Norlela berkata pihak penguatkuasaan JKDM Zon Tengah juga menahan empat kontena di pelabuhan yang sama pada 20 Dis hingga 4 Jan lepas dan merampas 6,365 liter minuman keras dengan anggaran duti RM1.06 juta.

Menurutnya kesemua kontena yang membawa dagangan campur dari China itu telah diimbas menggunakan mesin pengimbas kontena dan memaparkan imej imbasan yang meragukan serta tidak konsisten dengan keterangan dagangan yang diikrar.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas kontena itu pihaknya menemukan sejumlah minuman keras dipercayai tidak mempunyai permit import, yang disembunyikan di sebalik dagangan campur tersebut.

Norlela berkata ketiga-tiga kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu mengimport apa-apa barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan di bawah Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan pihaknya telah membuat rampasan ke atas 90,400 batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam dengan anggaran nilai termasuk duti berjumlah RM67,000 hasil serbuan ke atas sebuah kenderaan dan premis kediaman di Batu Caves pada 8 Jan lepas.

Susulan serbuan itu, katanya seorang wanita tempatan ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu dengan disedari menyimpan barang tidak berkastam atau barang larangan di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan