Search
Close this search box.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam melakukan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti berisiko banjir di Matu, hari ini. Foto APM Matu

Hujan lebat berterusan, penduduk kawasan rendah di Matu diminta berwaspada

MATU, 18 Jan: Penduduk di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihatkan berwaspada dengan kemungkinan banjir akibat peningkatan paras air sungai susulan hujan berterusan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, berdasarkan pemantauan paras air menunjukkan peningkatan 0.2 hingga 0.19 meter berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, kawasan terbabit ialah Jemoreng Zon 5, Kampung Dagang Sekaan Besar, Pekan Matu dan Kampung Bertong.

“Hasil pemantauan ke atas semua kawasan itu mendapati berlaku limpahan air di atas jalan namun setakat ini hanya sebahagian sahaja yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan kemungkinan paras sungai meningkat pada sebelah malam berikutan limpahan air dari kawasan hulu sungai.

Sekiranya hujan berterusan seperti ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hingga ke tengah hari Jumaat, Matu diletakkan pada tahap waspada.

“Bagaimanapun secara keseluruhan, jalan kampung masih dapat dilalui kenderaan ringan.

“Sehubungan itu, APM Matu menasihati penduduk yang berada di kawasan berisiko banjir untuk berwaspada dan memastikan keperluan barang untuk di alihkan di tempat yang tinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Matu menerusi talian 084-832208 dalam tempoh 24 jam. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan