Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat helikopter APMM yang akan berpangkalan di Sandakan berupaya memperkuatkan operasi udara di Sabah dan Sarawak. Foto Salasiah Safian (TVS)

Empat helikopter di Sandakan perkukuh operasi udara APMM di Sabah, Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 18 Jan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memperkukuhkan lagi operasi udara di Sabah dan Sarawak dengan perolehan empat helikopter yang akan berpusat di Pangkalan Udara Maritim Sandakan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi, perkara tersebut telah dimuktamadkan dan dalam tempoh 24 ke 36 bulan ia akan dihantar ke Sandakan.

“Sekarang kita ada Pusat Udara Maritim di Subang, dan helikopter agensi ditempatkan di situ. Sedang dalam perancangan ialah perolehan helikopter untuk kegunaan rondaan khususnya di pantai timur Sabah dan Sarawak.

“Yang penting aset kita ini perlu ditambah bagi memastikan kawalan sempadan lebih sistematik dan lebih rapat untuk mengelakkan ketirisan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi dan menaiki kapal Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV1) di sini, hari ini.

Tambah beliau, ia melibatkan kos kira-kira RM600 juta.

Beliau akan mengetuai perbincangan dengan KDN, Kerajaan Sabah dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkenaan pembinaan hangar untuk helikopter tersebut.

Sementara itu, beliau turut menyatakan terdapat satu lagi perolehan untuk kapal induk yang bernilai lebih besar yang akan berfungsi sebagai stesen pengisian minyak dan tempat penyimpanan bekalan makanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan