Search
Close this search box.
Kepulan asap hitam kelihatan selepas sebuah kilang pembuatan bunga api di Suphan Buri, Thailand meletup.Foto AFP.

Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand

ByBernama

BANGKOK, 17 Jan: Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.

Ketua Polis Negara Jen Torsak Sukvimol berkata kejadian berlaku pada 3.30 petang (waktu tempatan).

Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak cedera jambatan kecemasan runtuh di Thailand

“Siasatan awal mendapati 20 orang terbunuh dan ramai lagi cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Punca kejadian masih tidak dapat dipastikan dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin yang kini berada di Davos untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2024 sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Beliau mengarahkan siasatan segera dilancarkan untuk mengenal pasti sama ada kilang itu beroperasi secara sah dan adakah letupan itu disebabkan oleh kecuaian.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak berkuasa memberikan bantuan segera kepada mangsa yang terjejas.

Pada Julai tahun lalu, 12 orang maut dan 300 cedera dalam insiden letupan di gudang penyimpanan bunga api di pekan Sungai Kolok di wilayah selatan Narathiwat.

Lebih 3,000 orang daripada 681 keluarga terjejas akibat letupan itu yang turut mengakibatkan 41 kereta dan 27 motosikal musnah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan