Search
Close this search box.
Seorang pelajar lelaki kerugian Rm17,000 selepas diperdaya sindiket `phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis dari Terengganu. Foto hiasan Envato

Pelakon wanita rugi lebih RM29,000, wang hilang dalam akaun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Seorang pelakon wanita mengalami kerugian RM29,313 apabila wang simpanan peribadinya di dalam akaun bank lesap tanpa pengetahuannya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 (Capaian Tanpa Kuasa) setelah mengesan kenyataan mangsa berusia 40 tahun itu yang juga pengurus syarikat kosmetik di laman sosial mengenai kehilangan wang simpanannya.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati wanita itu telah membuat semakan penyata akaun peribadi pada Sabtu lalu dan mendapati terdapat 11 transaksi mulai 8 hingga 12 Jan lalu yang dilakukan tanpa pengetahuannya.

“Mangsa membuat laporan polis menafikan dan menyatakan beliau tidak pernah memberikan butiran peribadi perbankan kepada mana-mana pihak ketiga atau menerima sebarang pesanan ringkas nombor OTP (kata laluan sekali) bagi kesemua transaksi tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

“Sebarang maklumat lain berkaitan jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, boleh disalurkan kepada hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan