Search
Close this search box.
Atlet dari Zon Barat Muhammad Irfan ketika ditemui TVS. Foto Alex Teo

SUKSAR III 2023: SPM tak halang Irfan beraksi ke final pencak silat

ByLuqman Muhammad

SIBU, 16 Jan: Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bukan penghalang kepada atlet dari Zon Barat, Muhammad Irfan beraksi di kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) Sibu 2023 hingga layak ke perlawanan akhir pencak silat.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau itu berkata meskipun berdepan dengan dua pertarungan yang penting, diritnya tetap mengutamakan pendidikan.

“Saya terpaksa membahagi masa…apa pun semoga dipermudahkan urusan kami untuk peperiksaan SPM tahun ini,” katanya.

Irfan berkata demikian ketika ditemui TVS pada Hari Kedua SUKSAR Sibu 2023 di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor di sini, hari ini.

Ujar atlet berusia 17 tahun itu lagi, dorongan ibu bapanya menjadi azimat penting untuknya merangkul kejayaan yang ingin dikecapi.

“Alhamdulilah ibu bapa saya sentiasa memberi sokongan atas apa pilihan yang ingin saya lakukan,” katanya lagi.

Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan ditempuhinya, Irfan menyimpan hasrat untuk membawa kilauan emas pulang ke Sebuyau.

“Saya dijangka akan bertemu dengan atlet dari Zon Tengah bagi kategori kelas bebas.

“Saya yakin boleh menentang lawan dan mendapat emas,” ujarnya.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan