Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu. Foto, TVS.

Sarawak perlukan pakar teknikal urus rumput ‘Zeon Zoysia’ – Gerald

ByLuqman Muhammad

SIBU, 16 Jan: Sarawak memerlukan pakar teknikal dalam mengurus serta menjaga kualiti rumput padang di stadium sekiranya  rumput jenis ‘Zeon Zoysia’ ditanam di Stadium Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, Sarawak masih mempertimbangan pelaksanaan penanaman rumput tersebut kerana ia merupakan pelaburan yang besar dan perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

“Penggunaan rumput ‘Zeon Zoysia’ memang dapat digunakan di Stadium Sarawak tetapi kita tetap memerlukan ramai pakar teknikal untuk mengendalikannya.

“Ini bukan rumput untuk dimakan kambing atau lembu tetapi ini bertujuan untuk kegunaan sukan dan bertaraf antarabangsa,” katanya ketika ditemui TVS di sini, pada Isnin.

Menurutnya lagi Sarawak tetap menghargai tawaran yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , bagaimanapun perkara berhubung itu memerlukan penelitian yang tuntas.

“Kita bukan sahaja memerlukaan padang yang bagus, tetapi kita memerlukan padang yang boleh digunakan dengan kerap bukannya untuk disimpan sahaja dan tidak dapat dipakai.

“Bagaimanapun kita menyerahkan kepada pihak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) untuk meneliti dan memberi cadangan kepada pihak kementerian KBS.

Terdahulu, KBS menerusi Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025 pada 9 Januari 2024 telah menawarkan geran sebanyak RM7 juta kepada seluruh negeri bagi menaik taraf saliran serta penanaman rumput padang di stadium terpilih.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata geran itu ditawar bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti padang sekali gus memastikan kelancaran ketika perlawanan Liga Malaysia pada musim hujan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan