Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak mahu bangunkan ekosistem kesihatan selaras MA63 – Dr. Sim

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Jan: Kerajaan Sarawak komited untuk membangunkan ekosistem kesihatan dan mempromosikan penyelidikan kesihatan selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, sudah tiba masanya hak autonomi kesihatan diserahkan kepada Sarawak di bawah MA63 bagi mencipta dan membuka peluang baharu dalam sektor itu.

Menurut beliau, Sarawak telah mendahului penyelidikan klinikal selama lebih 20 tahun di Malaysia dan memiliki pelbagai potensi untuk menerajui perniagaan kesihatan negara.

“Malaysia telah diiktiraf oleh industri farmaseutikal antarabangsa dalam penyelidikan klinikal dan industri ini adalah sangat kompetetif.

“Sarawak perlu bangkit dan bergerak lebih agresif dalam membangunkan ekosistem (kesihatan) daripada bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk membangun dan mempromosikan,” katanya menerusi kenyataan di  Facebooknya hari ini.

Dr. Sim berkata Sarawak berhasrat untuk memiliki sistem kesihatan yang optimum dan holistik dalam tempoh tujuh tahun agar dapat mencapai status wilayah maju menjelang 2030.

Sim juga menyeru kepada rakyat Sarawak untuk terus bersama dengan kerajaan negeri untuk menyumbang kepada pembangunan Bumi Kenyalang.

“Tiba masanya Sarawak melaksanakan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan untuk rakyat Sarawak bersama ‘Jaga Sarawak Baik Baik’.

“Kita perlu cipta peluang dan promosi (ekosistem) kita sendiri,” katanya.

Terdahulu, Malaysia telah diiktiraf oleh industri farmaseutikal antarabangsa, BMI dalam pengembangan kemudahan dan keupayaan penyelidikan klinikal berikutan permintaan yang meningkat bagi ujian tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan