Search
Close this search box.
Meskipun berdepan kekangan untuk membawa masuk kelengkapan sukan dari luar negara, ia tidak menghalang keperluan itu dapat disiapkan sebelum penganjuran temasya itu kelak. Foto: TVS

Sarawak komited lengkapkan fasiliti sukan menjelang SUKMA – Gerald

ByLuqman Muhammad

SIBU, 16 Jan: Kerajaan Sarawak komited menyediakan prasarana sukan terbaik untuk kegunaan atlet menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata meskipun berdepan kekangan untuk membawa masuk kelengkapan sukan dari luar negara, ia tidak menghalang fasaliti itu dapat disiapkan sebelum penganjuran temasya itu kelak.

“Kita menyedari cabaran ini tetapi kita cuba sehabis baik.

“Dalam soal ini ada pihak tertentu yang dilihat berupaya membantu kami.

“Ini bukan sahaja dibawah bahu Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), tetapi menjadi tanggungjawab pihak berkaitan di negeri ini,” katanya.

Gerald Rentap berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sukan Sarawak (SUKSAR) Sibu 2023 di sini, pada Selasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan