Search
Close this search box.
'Drama' pergaduhan kekasih di Jambatan Pulau Pinang malam tadi menyebabkan tiga individu terjatuh ke dalam laut. Foto, JBPM Pulau Pinang.

Pegawai polis disiasat cuba bunuh wanita di Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 16 Jan: Seorang pegawai kanan polis yang terbabit dalam pertelingkahan dengan teman wanitanya sehingga kedua-dua mereka terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang semalam akan disiasat berkaitan cubaan membunuh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, berdasarkan keterangan wanita berusia 40 tahun itu,  dia mendakwa ditolak oleh lelaki berusia 37 tahun tersebut sebelum kedua-duanya terjatuh.

Tiga individu jatuh Jambatan Pulau Pinang selepas bertelingkah

“Setakat ini polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan akan mengambil keterangan saksi-saksi lain.

“Lelaki berkenaan merupakan pegawai kanan polis di luar kontinjen Pulau Pinang dan dia sedang dirawat di hospital kerana cedera pada kepala,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Kok Chin, pihaknya akan turut memastikan kejituan kenyataan mangsa yang mendakwa dia ditolak selepas bertengkar sebelum membuat keputusan sama ada lelaki berkenaan akan direman bagi siasatan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan, tiga individu terselamat selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.8 arah Seberang Perai dekat sini selepas berlaku satu pertelingkahan di tepi jalan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, mereka yang terlibat bernasib baik apabila berjaya diselamatkan nelayan yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Insiden itu berlaku selepas pertelingkahan antara seorang wanita dan lelaki yang memberhentikan kereta jenis Honda Civic dinaiki mereka di kawasan hentian jambatan.

Kedua-dua mereka telah terjatuh ke dalam laut dan dalam masa sama, seorang lelaki orang awam yang berada di tempat kejadian telah terjun untuk menyelamatkan pasangan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan