Search
Close this search box.
Semua pemilik anjing di Sarawak digesa untuk mendapatkan vaksin bagi mengelakan wabak rabies yang boleh mengancam nyawa orang lain atau berdepan tindakan kompaun. Foto hiasan, Envato.

Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies

KUCHING, 16 Jan: Daerah Kuching dan Bintulu telah disytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata,  sebanyak 16 sampel kes positif telah dikumpul daripada lapan ekor anjing di Kuching, dua di Bintulu dan satu sampel dari Padawan dan Bau.

“Kesemua anjing yang positif rabies adalah anjing liar dan tidak divaksin.

“Justeru itu, saya ingin mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan segera ke klinik berdekatan sekiranya digigit oleh haiwan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Stephe Rundi berkata, beliau juga telah menandatangani Arahan vaksinasi anti-rabies di bawah Seksyen 40 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinari 1999 pada hari ini.

Arahan tersebut mewajibkan semua anjing di Sarawak untuk diberi suntikan vaksin anti-rabies dan suntikan tambahan pada setiap tahun.

Beliau juga berkata bahawa pemilik anjing mestilah bertanggungjawab untuk memastikan anjing peliharaan mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies.

“Mana-mana pemilik atau penjaga anjing yang gagal untuk mengikuti peraturan tersebut boleh disaman sebanyak RM 2,500.

“Anjing yang terdedah kepada jangkitn rabies dan tidak mempunyai bukti pemvaksinan akan ditidurkan,” katanya.

Beliau memberitahu Jabatan Perkhidmatan Veterinari Sarawak (DVS), Immune Belt Enforcement Team dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) telah mempergiatkan kerjasama untuk laksanakan program vaksinasi anti-rabies di Sarawak.

“Orang awam boleh mengvaksinasi anjing peliharaan mereka di mana-mana pejabat veterinar pada waktu pejabat atau semasa program vaksinasi besar-besaran yang akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui akaun Facebook rasmi Sarawak DVS,”

“Tahun ini kita mensasarkan sebanyak 50,000 anjing akan divaksinasi,” tambah beliau.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, sebanyak 16 kematian telah dicatat pada tahun lepas dari 18 kes rabies melibatkan manusia.

Jumlah kesuluruhan kes rabies melibatkan manusia sejak 2017 adalah sebanyak 73 kes dan 66 kematian – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan