Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perancangan yang dilakukan hujung tahun lalu telah membantu pihaknya mengatur beberapa strategi dan inisiatif bagi mendepani pelbagai isu dan cabaran melibatkan perpaduan. Foto KPN.

KPN rangka hala tuju, pastikan agenda terus relevan – Aaron Ago

PUTRAJAYA, 16 Jan: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah merangka beberapa hala tuju yang akan dilaksana tahun ini bagi memastikan agenda dan peranannya terus relevan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perancangan yang dilakukan hujung tahun lalu telah membantu pihaknya mengatur beberapa strategi dan inisiatif bagi mendepani pelbagai isu dan cabaran melibatkan perpaduan.

KPN perkasa komuniti perkukuh agenda perpaduan | TVS

Jelas beliau, peranan KPN kini menjadi lebih besar berikutan penstrukturan semula beberapa agensi kerajaan.

“Sehubungan itu, kertas cadangan penstrukturan dan penyusunan semula bahagian-bahagian di bawah kementerian akan diteliti untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam dengan segera.

“Saya juga telah meminta Ketua Setiausaha KPN, Datuk Azman Mohd Yusof supaya segera meneliti penstrukturan gred dan bilangan perjawatan Pegawai Perpaduan Negeri (PPN) dan Daerah (PPD) supaya setiap daerah diwakili pegawai perpaduan yang sewajarnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Perpaduan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa. Foto KPN.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Perpaduan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sementara itu, Aaron Ago turut memaklumkan, beberapa agenda turut dirancang sepanjang 2024 bagi mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Ini termasuklah Pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Penghayatan Terhadap Rukun Negara, Penyuburan Minat Terhadap Warisan dan Budaya Negara dan Memacu Agenda Digital Negara,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan