Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah melawat kawasan kebakaran di Pasar Baru 7 di sini hari ini. Foto, TVS.

JKM Sarawak salur bantuan RM13,100 kepada keluarga kanak – kanak maut kebakaran di Batu 7

KUCHING, 16 Jan: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan bantuan sebanyak RM13,100 kepada keluarga kanak – kanak orang kurang upaya (OKU) yang maut dalam kebakaran di Pasar Batu 7 di Kota Sentosa, minggu lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak,Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

Kata Fatimah, akibat kejadian itu, rumah keluarga mangsa musnah hampir 80 peratus.

” (Kita salurkan) bantuan binaan RM4,000 selain bantuan pemulihan perniagaan berjumlah RM6,000 bagi membantu membina semula perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana JKM Sarawak kepada Hiew Sze Hian, salah seorang mangsa kebakaran itu.

Dalam pada itu Fatimah turut mengucapkan takziah kepada Sze Hian yang kehilangan anak pertamanya akibat kejadian itu.

Dalam kejadian pada 9 Januari lalu, seorang kanak-kanak OKU ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan enam rumah kedai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan