Search
Close this search box.
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini bagi lawatan lima hari ke Sarawak. Foto Aziz Soleh (TVS)

Tengku Hassanal berangkat tiba di Kuching bagi lawatan lima hari

KUCHING, 15 Jan: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini bagi lawatan lima hari ke Sarawak.

Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Sepanjang lawatan kerja di bandar raya ini, baginda dijadualkan berangkat melawat ke beberapa lokasi termasuk Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Tengku Hassanal juga dijangka berkenan melawat Muzium Kebudayaan Borneo di sini esok sebelum berangkat ke Majlis Santapan Malam di sebuah hotel terkemuka di sini yang akan turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir menyambut ketibaan Tengku Hassanal ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datuk Buckland Bangik serta beberapa tetamu kenamaan lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan