Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) di sini hari ini. Foto, TVS.

Sarawak catat peningkatan kes remaja hamil tahun lepas

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 15 Jan: Kes remaja hamil di Sarawak meningkat sebanyak 490 kes kepada 2,026 pada tahun lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pada 2022, Sarawak hanya mencatatkan 1,536 kes.

Program kesedaran elak remaja terlibat kehamilan bawah umur – Fatimah

Kata Fatimah, berdasarkan statistik tahun lepas, sebanyak 1,218 kes remaja hamil atau 60.1 peratus terdiri daripada mereka yang tidak berkahwin.

“Seterusnya kes remaja hamil yang berhenti sekolah pula sebanyak 58.7 peratus.

“Data ini penting bagi kementerian supaya kita boleh fokus kepada pelajar sekolah namun bagi yang sudah tidak bersekolah dan menyumbang kepada statistik juga akan diberi perhatian,” katanya.

Fatimah bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, sebanyak 64 kes remaja berhenti sekolah selepas hamil, 678 kes (33.5 peratus) pula melibatkan remaja tamat persekolahan dan 32 kes remaja hamil merupakan mereka yang tidak pernah bersekolah.

“Berdasarkan etnik pula, peratusan tertinggi remaja hamil melibatkan bangsa Iban iaitu 50.2 peratus, diikuti Melayu dengan 22.3 peratus dan Bidayuh sebanyak 7.7 peratus,” tambahnya.

Sementara itu, statistik 2014 hingga 2023 pula jelas Fatimah memperlihatkan Sarawak mencatatkan penurunan kes remaja hamil iaitu 3,401 kes pada 2014 kepada 2,026 kes pada 2023 dengan penurunan ketara pada 2020 (2,099 kes) dan 2021 (1,623 kes).

Trend penurunan kata Fatimah dipercayai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 ketika itu.

“Ini disokong hasil kajian oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mendapati antara punca utama yang menyumbang kepada kes remaja hamil ialah pergaulan bebas,” katanya.

Sehubungan itu, Fatimah memaklumkan OSTPC melalui Majlis Pembangunan Sosial Sarawak akan melaksanakan beberapa program dan intervensi sosial pada tahun ini bagi menangani isu kehamilan remaja di Sarawak – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan