Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan serta delegasinya melawat Musical Instrument Museum di Phoenix. Foto MTCP

MTCP lawat muzium di Arizona, pelajari amalan terbaik lindungi warisan 34 etnik Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 15 Jan: Kerajaan Sarawak mahu melaksanakan amalan terbaik dipraktikkan oleh muzium di Amerika Syarikat (AS) bagi melindungi warisan etniknya.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, pihaknya ketika ini sedang mengadakan lawatan kerja ke Arizona, AS bagi mendapatkan pandangan mengenai trend semasa serta cabaran yang dihadapi oleh sektor berkenaan.

Jelas Snowdan, delegasi telah melawat Musical Instrument Museum, Arizona Natural History Museum, IDEA Museum dan Mesa Arts Museum.

“Lawatan ini juga bertujuan untuk menghubungkan Sarawak dengan Arizona yang berdedikasi melindungi 36 kumpulan etniknya.

“Kita mahu menjaga alat muzik tradisional milik 34 kumpulan etnik Sarawak dan Musical Instrument Museum merupakan contoh terbaik kerana diiktiraf di peringkat global selain menyimpan sebanyak 7,500 alat muzik dari 200 buah negara,” katanya menerusi kenyataan media.

Tambah Snowdan, menerusi kerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang akan dijalinkelak, kementerian akan menjalankan kajian menyeluruh bagi melengkapkan pangkalan data mengenai alat muzik tradisional Sarawak dalam tempoh dua tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan