Search
Close this search box.
Penganut Hindu menanti susu yang sedang dimasak untuk mendidih sehingga ianya melimpah keluar ketika tinjauan sempena sambutan Pesta Ponggal di Kuil Sri Maha Mariamman, hari ini. Foto Bernama

Hari Ponggal platform eratkan perpaduan – Aaron Ago

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Jan: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menzahirkan ucapan selamat menyambut perayaan Hari Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia.

Aaron Ago berkata, perayaan bersempena bulan menuai hasil tanaman padi itu menandakan permulaan bulan Thai mengikut kalendar Tamil.

“Ponggal dalam bahasa Tamil bererti melimpah-ruah.

“Ucapan Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum yang bermaksud permulaan bulan Thai membuka peluang baharu sering diucap berkait dengan perayaan Hari Thaiponggal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Aaron Ago, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai agama, bangsa, ras dan budaya.

“Oleh itu perayaan berkenaan bukan asing di Malaysia.

“Saya ingin menyeru agar seluruh rakyat dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan kita dengan harapan bahawa sambutan ini membawa satu permulaan yang baharu bagi Malaysia MADANI yang lebih aman dan harmoni,” katanya.

Ujar beliau, kepelbagaian rakyat merupakan kekuatan yang dimiliki oleh negara ini yang selari dengan tema kementerian iaitu Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian.

Secara tradisi, Ponggal disambut dengan menyediakan nasi manis untuk keluarga dan rakan-rakan sebagai tanda terima kasih menerima hasil tuaian yang melimpah ruah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan