Search
Close this search box.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan di wilayah selatan Satun bertukar tragedi selepas sebuah jambatan kecemasan runtuh, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak cedera pada Sabtu. Foto: Envato

Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak cedera jambatan kecemasan runtuh di Thailand

ByBernama

BANGKOK, 14 Jan: Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan di wilayah selatan Satun bertukar tragedi selepas sebuah jambatan kecemasan runtuh, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak cedera pada Sabtu.

Jambatan itu ditempatkan di pejabat pentadbiran daerah Khuan Don untuk aktiviti hiburan bagi kanak-kanak sempena sambutan berkenaan.

Insiden berlaku sekitar 11.45 pagi waktu tempatan.

Tali anduh besi yang menyokong jambatan itu terputus secara tiba-tiba menyebabkan kira-kira 35 kanak-kanak terjatuh pada ketinggian dua hingga tiga meter.

Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Susulan insiden itu Perdana Menteri Srettha Thavisin mahu pemeriksaan rapi dan penyelenggaran berkala terhadap peralatan permainan.

“Penganjur perlu mengutamakan keselamatan dengan menjalankan pemeriksaan menyeluruh sebelum peralatan digunakan dan menyelenggara secara berkala,” katanya dalam satu kenyataan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan