Search
Close this search box.
Sebahagian motosikal yang diperiksa pada operasi samseng jalanan di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Manjung dekat sini awal pagi tadi. Foto: IPD Manjung

Polis sita 11 motosikal mat rempit

IPOH, 14 Jan: Polis mengeluarkan 113 saman dan menyita 11 buah motosikal mat rempit selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di Sitiawan Utara, Sitiawan dan Lekir di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Manjung dekat sini awal pagi tadi.

Polis Daerah Manjung dalam satu kanyataan berkata, operasi kira-kira enam jam berakhir pukul 6 pagi itu dijalankan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan di daerah tersebut terutamanya di WCE.

Ujarnya, sebanyak 136 buah motosikal telah diperiksa oleh pasukan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

“Sebanyak 113 saman dikeluarkan kepada 147 individu atas pelbagai kesalahan trafik yang melibatkan kumpulan remaja dengan 11 buah motosikal turut disitia.

“Antara kesalahan yang disaman adalah ubah suai nombor pendaftaran, tiada lesen memandu, ubahsuai aksesori, tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans, ubahsuai ekzos, serta menunggang di bawah umur,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan sentiasa mengawasi anak-anak bagi mengelakkan daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral di jalan raya.

Katanya, polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan samseng jalanan untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 bagi membantu membanteras kegiatan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan