Search
Close this search box.
Anggota Polis Forensik memeriksa kenderaan di tempat kejadian bagi menyiasat kes tembak di Prima Puchong petang ini. Foto Bernama

Lelaki maut ditembak di Puchong Prima

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima di sini petang tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik yang tiba pada 5.30 petang mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes tersebut.

Kenderaan polis dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada 6.15 petang.

Hussein berkata polis menerima pemakluman mengenai insiden yang berlaku di depan sebuah pangsapuri Sri Acasia, Taman Puchong Prima itu pada 3.49 petang.

Beliau berkata pengadu adalah anggota yang bertugas di Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

“Dalam kejadian itu, polis berbalas tembakan dengan suspek yang merupakan warga tempatan. Suspek yang ditembak mati mempunyai rekod lampau iaitu tujuh jenayah, dadah dan satu rekod dikehendaki,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Hussein berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berkaitan insiden itu boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan.

“Polis juga telah terkesan satu rakaman video berkait kejadian ini yang telah tular di media sosial. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan