Search
Close this search box.
Pemandangan empangan melata di luar negara yang bakal dibina di Sarawak. Foto,Envato.

‘Lampu hijau’ untuk bina empangan melata di tiga sungai di Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 14 Jan: Masyarakat di tiga lokasi sungai di negeri ini telah memberi ’lampu hijau’ kepada kerajaan Sarawak bagi pembinaan empangan melata di kawasan masing-masing melibatkan Sungai Gaat, Sungai Tutoh dan Sungai Belaga, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata penjanaan empangan itu akan dilaksanakan oleh syarikat swasta dengan laluan talian grid kabel elektrik disediakan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Projek empangan melata akan bermula di Kapit – Abang Johari

“Saya sudah ada surat (persetujuan) daripada masyarakat di ketiga-tiga sungai ini iaitu Sungai Gaat di Kapit, Sungai Tutoh di Baram dan Sungai Belaga di Belaga…kita sudah pinda undang-undang kita penjanaannya boleh dilaksanakan oleh private tapi diedarkan kepada SEB,” katanya selepas mesyuarat Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, di sini, hari ini.

Pembinaan empangan melata merupakan antara pendekatan Sarawak dalam menangani masalah populasi buaya yang kian meningkat, selain menjana elektrik bagi penduduk setempat dan menjaga biodiversiti sungai.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata Sarawak telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperincikan kaedah sesuai untuk rakyat negeri ini, khususnya di kawasan luar bandar untuk mendaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan diterajui Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Kita akan mempunyai suatu seminar yang kita akan perkenalkan proses PADU dan kita terpaksa tingkatkan kesalinghubungan bagi membolehkan data dihantar ke sistem itu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan