Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian merasmikan Program Perpaduan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Engkilili di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubok Antu di Engkelili pada Sabtu. Foto, TVS.

Kerajaan Sarawak salur RM641 juta laksana projek infrastruktur di Engkilili

ENGKILILI, 14 Jan: Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan lebih RM641 juta untuk melaksanakan pelbagai projek infrastrukur di sini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beberapa projek kesejahteraan rakyat itu akan ditender dalam masa terdekat.

“(Antara yang akan dilaksanakan termasuklah) projek di Bukong Bypass, Kampung Bulu dan Lubok Antu dengan anggaran kos RM39.5 juta.

“Selain itu kita juga akan melaksanakan beberapa projek di Jalan Sebeliau, Nanga Entalau, Sri Aman membabitkan perbelanjaan RM68 juta yang akan ditender tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program Perpaduan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Engkilili di pada Sabtu.

Sementara itu, Douglas Uggah berharap agar rakyat di sini bijak menilai pihak manakah yang dapat membawa pembangunan di kawasan mereka.

“Oleh sebab kemenangan itu, rakyat di sini beruntung kerana mempunyai wakil rakyat yang membawa peruntukan pembangunan setiap tahun,” katanya.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan