Search
Close this search box.
Kho Teck Wan hadir pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Program Amal dan Budaya di sini malam tadi.Foto, TVS.

Keputusan berani Abang Johari keluar BN berjaya corak transformasi Sarawak

KUCHING, 14 Jan: Keputusan berani yang diambil oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 2018 merupakan tindakan tepat, kata Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan.

Teck Wan berkata, ini kerana penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas itu yang meneruskan pentadbiran Sarawak berjaya mentransformasi pembangunan dan ekonomi wilayah ini.

Pendapatan Sarawak pada 2023 cecah RM13.3 bilion – Abang Johari

“Sarawak pada 2018 hanya menjana pendapatan sebanyak RM7 bilion namun pada tahun lepas, pendapatan kita melonjak kepada RM13.6 bilion yang merupakan rekod tertinggi dalam sejarah.

“(Sarawak) juga diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Program Amal dan Budaya di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng.

Berkongsi lanjut mengenai transformasi Sarawak hari ini, Teck Wan berkata, pelbagai faktor menyumbang kepada perkara itu termasuk sokongan rakyat.

“Bagaimana seorang pemimpin boleh melakukan semua itu? Ianya bukan usaha individu tetapi ia adalah hasil usaha rakyat Sarawak melalui revenue engineering dan mengoptimumkan sumber hasil sedia ada,” katanya.

Tambah beliau, kestabilan politik yang dinikmati Sarawak juga membolehkan perancangan memacu pertumbuhan ekonomi dapat dilaksanakan tanpa halangan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan