Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki bercakap pada sidang media selepas Majlis Kesiapsiagaan Bencana Banjir Kawasan DUN Satok di Dewan Haji Kamarudin di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Projek tebatan banjir fasa dua di Kuching menelan belanja RM1.2 bilion – Ibrahim Baki

KUCHING, 13 Jan: Kerajaan Sarawak bercadang untuk membangunkan projek tebatan banjir fasa dua bagi Kuching yang menelan kos RM1.2 bilion, kata Datuk Ibrahim Baki.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, pada ketika ini kerajaan negeri berusaha memohon dana daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Projek tersebut memerlukan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Kesiapsiagaan Bencana Banjir Kawasan DUN Satok di Dewan Haji Kamarudin di sini, pada Sabtu.

Ibrahim memberitahu setakat ini, kerajaan negeri telah menerima ‘lampu hijau’ daripada Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan projek tersebut,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan