Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif SKM Amran Abd Kadir berucap semasa menghadiri Majlis perasmian cawangan ke-33 Co-op Bank Pertama (CBP) Kuching. Foto: TVS

Koperasi di Sarawak digalakkan buka stesen minyak di sepanjang Pan Borneo

KUCHING, 13 Jan: Koperasi di Sarawak digalakkan agar menceburi perniagaan stesen minyak di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Amran Abd Kadir berkata setakat ini, tidak banyak stesen minyak dibina di sepanjang lebuh raya baharu itu terutama di kawasan luar bandar.

Beliau berkata terdapat hampir 70 stesen minyak jenama Smart Stream milik koperasi di kawasan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

“Gerakan koperasi di Sarawak harus teroka benda-benda seperti ini, ambil peluang,” katanya ketika berucap merasmikan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) Cawangan Kuching II di Matang Jaya, di sini hari ini.

Menurut Amran, setakat ini pihaknya menerima satu permohonan daripada koperasi di Bau untuk mendapatkan tanah bagi membina stesen minyak.

“Kita akan membawa perkara ini dalam mesyuarat bagi (koperasi itu) membina ramp sawit, R&R dan stesen minyak,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 1,177 koperasi berdaftar di Sarawak dan pembukaan Koperasi CBP Cawangan Kuching II merupakan cawangan ketiga yang dapat memperkasakan lagi ekosistem gerakan koperasi di negeri itu.

Sementara itu, Pengerusi CBP Datuk Baharom Embi berkata pihaknya juga merancang membuka satu lagi cawangan di Papar, Sabah pada suku kedua tahun ini.

“Beberapa lagi cawangan dijangka dibuka pada 2024 iaitu di Jerteh, Terengganu, Batu Pahat, Johor serta Bangi, Selangor,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan