Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada Sesi Townhall 7 Tahun Premier Sarawak, di sini, pada Sabtu. Foto TVS

Hapus persepsi ‘petani itu miskin’ demi bangunkan industri makanan – Abang Johari

ByAdlina Rahman

KUCHING 13 Jan: Persepsi negatif terhadap pekerjaan melibatkan sektor pertanian perlu dihapus untuk membangunkan industri makanan Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata persepsi sedemikian akan menghalang sesetengah pihak untuk melibatkan diri dalam bidang berkenaan sekali gus merencatkan pembangunan industri berkenaan.

“Untuk pelan jangka pendek kita tubuhkan agensi pembangunan dan berikan peruntukan. Untuk pelan jangka panjang, persepsi ‘petani itu miskin’ perlu diubah dan seperti mana saya cakap tadi kita perlu meningkatkan kemahiran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Townhall 7 Tahun Premier Sarawak, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu beliau turut menyifatkan Sarawak berpotensi untuk menjadi negeri yang berdikari antaranya dari segi penghasilan tanamanan beras tempatan yang sekaligus dilihat sebagai mengukuhkan lagi keterjaminan makanan Sarawak.

Sebelum ini Abang Johari memberitahu benih padi yang sedang diuji Sarawak mampu mengeluarkan hasil mencecah 240, 000 tan DNA tuaian itu dapat dicapai sekiranya benih dari Vietnam itu ditanam di kawasan seluas 100, 000 hektar.

Abang Johari menambah ia sekali gus mampu memenuhi keperluan dalam negara.

“Ini baru padi, belum lagi (tanaman) nanas dan sago. Kalau kita gunakan kaedah (penanaman) baharu, teknologi baharu serta menggunakan tenaga kita, saya rasa masa depan Sarawak adalah cerah,” kata beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan