Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif SKM Amran Abd Kadir di Majlis perasmian cawangan ke-33 Co-op Bank Pertama (CBP) Kuching. Foto TVS

Cadangan wujudkan R&R, stesen minyak di Lebuh Raya Pan Borneo diteliti – SKM

KUCHING, 13 Jan: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerima permohonan untuk mewujudkan sebuah stesen minyak dan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SKM Amran Abd Kadir, permohonan daripada Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Daerah Bau itu bakal diusulkan kepada satu mesyuarat pada Februari ini.

“Satu lagi gerakan koperasi yang harus diterokai. Ambil peluang. Di Borneo Highway tu saya pergi dari Kuching ke Sarikei jalannya lurus tapi tidak ada lagi kawasan R&R dan stesen Minyak.

“Tetapi, Alhamdulillah saya dah terima permohonan diterima untuk tujuan berkenaan dan ini akan menjadi satu mercu tanda kepada Sarawak nanti. Sekaligus, menunjukkan bahawa gerakan koperasi bukan sekadar bank dan kredit sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis perasmian cawangan ke-33 Co-op Bank Pertama (CBP) Kuching di Jalan Matang, pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan agar ahli-ahli koperasi menceburi bidang-bidang berprestasi tinggi dalam membantu menjana pendapatan koperasi.

“Bidang seperti perladangan, projek perumahan, pemborongan, peruncitan, hartanah, pelancongan dan lain-lain perlu diteroka dan dimanfaatkan sebaiknya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau sempat meluahkan harapan agar pembukaan cawangan baharu CBP ketiga di Sarawak mampu memberi impak positif kepada gerakan koperasi.

“Besar harapan kita agar cawangan baharu ini dapat meningkatkan ekosistem gerakan koperasi melalui penawaran perkhidmatan kewangan kepada bukan sahaja koperasi, tetapi juga terhadap masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai, Ustaz Khalidi Ibrahim, Setiausaha Majlis Jabatan Agama Islam Sarawak, dan Timbalan Pengerusi CBP Nor Hidayah Omar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan