Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Energy Berhad (SEB) mengalami kerugian RM28,000 akibat penggunaan elektrik yang tidak direkodkan sejak 36 bulan yang lalu di Stutong Heights. Foto: Sarawak Energy Berhad

SEB rugi RM28,000 akibat kecurian elektrik di Stutong Heights

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 12 Jan: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengalami kerugian RM28,000 akibat penggunaan elektrik yang tidak direkodkan sejak 36 bulan lalu di Stutong Heights, di sini.

SEB dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah kerugian akibat kecurian elektrik itu direkodkan daripada tiga premis yang dikesan di kawasan itu baru-baru ini.

“SEB melalui cabang operasi dan runcitnya iaitu Syarikat SESCO Berhad, bersama-sama dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) serta pihak polis telah melakukan operasi pengesanan kecurian ekletrik dalam kawasan itu dan menemui tiga lagi kes penggunaan elektrik yang tidak dibenarkan melalui penorehan terus bawah tanah.

“Bukti kecurian elektrik telah disahkan selepas penghadang konkrit dialihkan yang mendedahkan kabel menoreh terus dengan tanda-tanda gangguan elektrik,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam semua kes, pendawaian yang diusik didapati tidak selamat dengan boleh mengakibatkan kerosakan peralatan elektrik, kebakaran dan juga kehilangan tempat tinggal di kawasan kejiranan.

Susulan daripada itu, SEB berkata, pemilik ketiga-tiga premis itu kini dalam siasatan dan jika sabit kesalahan boleh didenda seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik, yang membawa penalti sehingga RM100,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan