Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Pendapatan Sarawak pada 2023 cecah RM13.3 bilion – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 12 Jan: Pendapatan Sarawak bagi tahun 2023 mencecah RM13.3 bilion iaitu menyaksikan peningkatan berjumlah RM200 juta, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata peningkatan itu mengatasi pendapatan negeri yang diumumkan sebelum ini iaitu RM13.1 bilion.

“Pada November 2023, pendapatan Sarawak ialah RM12.7 bilion kemudian pada Disember, ada pertambahan dividen. Dividen ini adalah dari pelaburan kita,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sebelum ini Kerajaan Sarawak mengumumkan pendapatan Sarawak setakat November 2023 sebanyak RM12.7 bilion, namun mampu mencapai sehingga RM13.3 bilion.

Pada masa sama, Abang Johari turut memberi bayangan bahawa Sarawak bakal mengambil alih sebuah lagi entiti untuk beroperasi di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

“Sebelum ini kita sudah mengumumkan untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu pada Jun.

“Saya sudah beri bayangan akan ada tiga perkara yang kita akan ambil alih pada 2024. Tunggu sahaja bulan ini,” ujar beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan