Search
Close this search box.
Anthony Loke berkata mulai tahun ini majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan tidak diadakan lagi. Foto Bernama

Henti majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya, langkah penjimatan program lain

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 Jan: Mulai tahun ini majlis pelancaran kempen-kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak akan diadakan lagi, kata Menterinya Anthony Loke.

Beliau berkata ia memandangkan setiap kali dianjurkan kempen berkenaan, ia akan melibatkan kos hampir RM200,000 termasuk perbelanjaan cenderamata, makanan, sistem siar raya dan pemasangan khemah.

“Semua majlis pelancaran ini tidak perlu, tetapi operasi bersepadu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diteruskan, ia tidak akan dihentikan. Kita hentikan majlis perasmian sahaja,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun 2024 MOT di sini hari ini.

“Kalau syarikat swasta nak buat kempen – boleh, itu terpulang kepada mereka. Yang saya hentikan ialah bajet kementerian sebab kita akan guna untuk tujuan lebih baik, mungkin berikan topi keledar percuma bernilai RM55 setiap satunya, kerana kami dapati masih ada yang menggunakan topi keledar lusuh,” tambahnya.

Terdahulu dalam amanatnya, beliau berkata antara fokus MOT tahun ini adalah membudayakan aspek keselamatan tidak kira sektor darat, udara mahupun maritim.

Memberi contoh bahawa hampir 7,000 terkorban dalam nahas jalan raya tahun lepas, Loke berkata keselamatan pengguna pengangkutan awam merupakan keutamaan MOT dan program-program yang akan dilaksanakan kelak perlu mencapai tujuannya.

Fokus lain termasuk memperkasa jaringan ketersambungan dan kebolehcapaian sistem pengangkutan awam dan logistik, mengoptimumkan budaya penyelenggaraan infrastruktur, perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan dan memacu intervensi berdasarkan inovasi pendigitalan.

Loke berkata beliau juga telah meminta supaya pelaporan prestasi setiap agensi di bawah MOT dibuat  secara berkala sebagai kayu pengukur program yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

“Saya guna pendekatan ini agar kesemua inisiatif MOT ada rancangan komunikasi yang berterusan. Dengan ini kita akan bina keyakinan terhadap kementerian,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan