Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kemajuan Hospital Petra Jaya kini telah mencapai 54.26 peratus siap. Foto: Alex Teo (TVS).

Hospital Petra Jaya dijangka beroperasi Ogos 2025 selepas 10 tahun tergendala – Dr Dzulkefly

ByRegina Lee

KUCHING, 12 Jan: Hospital Petra Jaya yang tergendala sejak 10 tahun lalu dijangka beroperasi Ogos 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata setakat ini kemajuan projek pembinaannya telah siap sekitar 54.26 peratus dengan mencapai 90 hari mendahului jadual.

“Kemajuan telah melebihi 50 peratus, iaitu 54.26 peratus yang mana mendahului 90 hari daripada yang ditetapkan jadual.

“Saya juga telah memberitahu kepada pihak kontraktor dan berkaitan untuk memastikan tiada lagi isu tergendala yang melengahkan projek,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Hospital Petra Jaya, di sini, pada jumaat.

Walaubagaimanapun, Dr Dzulkefly memberitahu tarikh hospital itu beroperasi bakal mengambil tempoh beberapa bulan menjelang Ogos 2025 bagi memberi ruang kerja-kerja pemasangan fasiliti perubatan sebelum dibuka kepada orang ramai.

“Sudah pasti kita lakukan kerja-kerja pemasangan perubatan itu dahulu yang memakan masa tiga hingga empat bulan daripada tarikh siap (Ogos 2025).

“Di kawasan ini tidak mempunyai Klinik Kesihatan (KK), jadi warga sini (Petra Jaya) mengharapkan agar pembinaan hospital disegerakan,” ujarnya.

Hospital Petra Jaya sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit selepas mengalami beberapa fasa kelewatan sejak pembinaan dimulakan pada 2013.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Persekutuan bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengendalikan permohonan berkenaan pengembalian kuasa autonomi kesihatan kepada Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya kira permohonan itu munasabah memandangkan yang berkait rapat dengan aspek infrastruktur, pentadbiran, tenaga kerja, jawatan kerja dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa, di sini hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Abang Johari berharap projek pembinaan hospital berkenaan tidak akan tergendala lagi.

“Begitu juga dengan projek Institut Kanser Sarawak, Premier Sarawak mahu kita memastikan projek itu tidak dilengah lagi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan