Search
Close this search box.
Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Mohtar Samat menandatangi buku pelawat sejurus tiba di PGO APM Daerah Sarikei. Foto TVS

APM ingin besarkan pentadbiran di seluruh Sarawak

SIBU, 12 Jan: Angkatan pertahanan Awam (APM) Sarawak berhasrat memperbesarkan pentadbiran di seluruh daerah negeri ini dalam usaha memantapkan peranan dan tanggungjawab pasukan keselamatan berkenaan.

Pengarah APM Sarawak, Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Mohtar Samat berkata, usaha merangkumi 14 lagi daerah itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat.

Menurutnya, ia merupakan salah satu pendekatan penting dalam mengoptimumkan peranan selain memastikan perkhidmatan pasukan keselamatan itu sampai kepada masyarakat.

“Sarawak mempunyai 45 daerah dan setakat ini, APM hanya terdapat 31 buah daerah di seluruh negeri.

“Perancangan kita membesarkan pentadbiran daerah penuh Sarawak dahulu, bagi memastikan perkhidmatan kita sampai di semua daerah itu,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pusat Gerakan Operasi APM Daerah Sarikei, pada Sabtu.

Beliau menambah pendekatan itu merupakan kerangka penting untuk menarik penyertaan golongan muda selain menyalurkan bantuan awal kepada masyarakat jika berlaku kecemasan atau musibah.

Dalam pada itu ujarnya, Kerajaan Sarawak banyak membantu sekali gus memudahcara pergerakan APM melalui pelbagai kemudahan yang disediakan.

Dalam pada itu katanya, APM Sarawak juga mendapat beberapa kelulusan tambahan termasuk pengambilan anggota sukarela baharu di setiap daerah bagi memudahkan operasi penyelamatan.

Selain lawatan ke Sarikei beliau juga berkesempatan singgah di pejabat APM Daro bagi meninjau kesiapsiagaan pasukan itu menghadapi Monson Timur Laut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan