Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman menziarahi mangsa renjatan elektrik, Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah di kediamannya. Foto Aziz Soleh (TVS)

Abang Johari hulur sumbangan peribadi RM50,000 kepada Syafiq, untuk ringankan beban keluarga

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menghulurkan sumbangan peribadi beliau berjumlah RM50,000 kepada mangsa renjatan elektrik, Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanafiah.

Mewakili Abang Johari, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman menziarahi sekali gus menyerahkan sumbangan berkenaan di kediaman mangsa di sini, hari ini.

Fazzrudin berkata sumbangan peribadi itu melambangkan keprihatinan Abang Johari untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa dalam proses pemulihan kesihatannya.

“Atas sikap keberanian beliau yang tidak mementingkan diri, Premier Sarawak amat prihatin dan bersimpati dengan keadaan yang menimpa keluarga Syafiq. Sumbangan ini sedikit sebanyak akan membantu meringankan masalah yang dihadapi keluarga ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Menurut Fazzrudin, Syafiq turut menerima sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang dalam memudahkan urusan perubatannya.

“YB Lo sudah empat kali menziarahi mangsa. Beliau juga telah membantu rawatan fisioterapi supaya Syafiq tidak perlu ke hospital kerana sukar untuknya bergerak ke hospital,” katanya.

Menurutnya mangsa juga telah mendapat beberapa bantuan daripada agensi berkaitan seperti Tabung Baitulmal Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Untuk rekod, Syafiq, 33, merupakan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam insiden kebakaran di RPR Batu Kawa pada 28 Ogos lalu, malangnya terkena renjatan elektrik semasa cubaan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan