Search
Close this search box.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii menyempurnakan majlis perasmian Pejabat Perdana Petroleum Berhad di Miri pada Rabu. Foto: TVS

Penglibatan pemain industri minyak dan gas dari luar di Miri, buka peluang pekerjaan

MIRI, 10 Jan: Penglibatan pemain industri luar dalam sektor minyak dan gas disifatkan penting dalam menyumbang kepada ekonomi tempatan selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii berkata kerjasama strategik itu sekali gus membawa kemajuan dalam bidang tersebut kepada masyarakat di sini khususnya.

Dengan pembukaan sebuah pejabat syarikat perkhidmatan dalam sektor minyak dan gas, Perdana Petroleum Berhad di Miri, Adam menyifatkan ia membuktikan bandar raya itu terus relevan dan penting sebagai hab minyak dan gas di rantau ini.

“Keputusannya untuk menubuhkan pejabat cawangan di Miri di sini adalah bukti kepentingan bandar itu yang semakin meningkat sebagai hab bagi sektor minyak dan gas.

“Miri, yang terletak di tengah-tengah Sarawak, telah menjadi pemain utama dalam industri petroleum Malaysia, dan dengan penambahan pejabat cawangan Perdana Petroleum, kami mengukuhkan komitmen kami terhadap pembangunan dan kemajuan yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembukaan rasmi berkenaan di sini pada Rabu.

Dengan pengalaman dan kepakaran yang luas dalam perkhidmatan marin minyak dan gas, Adam yakin syarikat berkenaan mampu memainkan peranan penting dalam menyokong aktiviti maritim yang memacu ekonomi serantau dan negara.

“Sektor perkhidmatan marin bukan sahaja mengenai kapal yang melayari perairan kita; ia adalah mengenai limpahan kepada perkhidmatan sokongan di darat termasuk pembaikan dan penyelenggaraan kapal.

“Peluasan ini bukan sekadar pembukaan pejabat, ia adalah pengesahan perkongsian jangaka masa panjang antara Perdana Petroleum dan Miri,” ujarnya.

Untuk rekod,  sebanyak 45 peratus kru Perdana Petroleum Berhad terdiri daripada anak Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan