Search
Close this search box.
Tentera Ecuador meronda di luar premis saluran televisyen TC Ecuador selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali menceroboh masuk ke dalam studio televisyen milik kerajaan secara langsung. Foto AFP

Ecuador: 13 ditahan ceroboh stesen televisyen semasa siaran langsung

ByBernama

BOGOTA , 10 Jan: Polis Ecuador pada Selasa menahan beberapa lelaki bersenjata yang menceroboh sebuah stesen televisyen awam di negara itu semasa sedang bersiaran langsung.

Suspek memaksa kru televisyen berbaring dan duduk di atas lantai dengan bunyi tembakan dan jeritan kedengaran semasa siaran langsung itu.

Dalam satu hantaran di X, ketua polis Ecuador, Cesar Augusto Zapata berkata operasi polis di TC Television menyebabkan 13 orang ditahan dengan senjata, bahan letupan dan bahan bukti lain juga dirampas.

Zapata turut mengesahkan semua tebusan telah dibebaskan dan dibawa ke tempat selamat selain menyifatkan kejadian itu sebagai “tindakan pengganas.”

Hantaran Zapata turut menunjukkan gambar beberapa lelaki dengan tangan mereka diikat di belakang.

Tidak lama selepas lelaki bersenjata bertopeng mengganggu siaran langsung itu, Presiden Daniel Noboa mengeluarkan dekri yang mengisytiharkan negara itu telah memasuki “konflik bersenjata dalaman”.

Perintah itu menetapkan 22 kumpulan pengedaran dadah yang beroperasi di negara itu sebagai kumpulan pengganas.

“Saya telah memerintahkan Angkatan Bersenjata Ecuador menjalankan operasi ketenteraan untuk melumpuhkan kumpulan-kumpulan ini,” kata presiden.

Kejadian keganasan lain turut berlaku di seluruh negara pada Selasa.

Pensyarah dan pelajar di Universiti Guayaquil berlindung di dalam bilik kuliah selepas sebuah organisasi jenayah menawan kemudahan itu.

Selain itu Kementerian Pendidikan mengumumkan penggantungan kelas di seluruh negara dengan memutuskan peralihan ke kaedah pembelajaran secara tidak bersemuka akibat krisis keselamatan berkenaan.

Media tempatan juga melaporkan kehadiran beberapa individu bersenjata di sebuah hospital di Guayaquil.

Pengisytiharan konflik dalaman dibuat sehari selepas Noboa mengisytiharkan darurat selama 60 hari di seluruh Ecuador akibat krisis penjara dan keselamatan yang serius dialami negara itu.

Keputusan itu dibuat selepas seorang daripada ketua kumpulan paling berbahaya di negara itu dilaporkan hilang dari penjara pada Isnin, mencetuskan beberapa siri rusuhan di sekurang-kurangnya enam penjara di negara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan