Piala Asia 2023: Harimau Malaya mampu ‘menyengat’

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Pemain pertahanan negara Daniel Ting melaungkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu menandingi kehebatan pasukan lain, dalam mengharungi kempen Piala Asia 2023 selepas kejayaan mencatat keputusan seri 2-2 menentang pasukan 100 terbaik dunia, Syria dalam aksi persahabatan, semalam.