Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Menara 1 Bukit Aman hari ini.

Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan – Ayob Khan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Siasatan kes kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin masih diteruskan meskipun tiada perkembangan baharu ditemukan setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis tidak akan menghentikan siasatan sehingga petunjuk baharu diperoleh.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan, kita tidak pernah menghentikan siasatan kes ini. Jika ada perkembangan baharu yang boleh dikongsikan kami akan kongsi,” katanya mengulas perkembangan siasatan kes Zayn Rayyan yang kini genap sebulan.

Beliau ditemui pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia di Bukit Aman di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata polis telah menerima maklum balas daripada Polis Antarabangsa berkaitan semakan pangkalan data berhubung beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Menurutnya, maklum balas berkenaan hanya mengenai maklumat umum berkaitan kes itu.

Pada 5 Disember lepas, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Berikutan itu, hasil siasatan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan