Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni bergambar bersama pelajar SMK Bako. Foto: Pusat Khidmat ADUN Demak Laut

Sarawak perlukan tenaga teknikal untuk ekonomi baharu muncul – Dr Hazland

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 7 Jan: Pendidikan tinggi merupakan sektor penting untuk melahirkan generasi masa hadapan yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada agenda pembangunan sosioekonomi negara.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, menyedari kepentingan sumber modal insan berkualiti, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut telah memulakan Program Bantuan Kewangan kepada pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) sejak 2012.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni merangkap ADUN Demak Laut menyampaikan sumbangan bagi fasa kedua program bantuan kewangan pendidikan tinggi kepada pelajar yang layak di kawasannya. Foto: Pusat Khidmat ADUN Demak Laut

“Ini selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak yang ingin menyediakan pendidikan tinggi percuma untuk rakyatnya menjelang 2026,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut hadir menyampaikan sumbangan fasa kedua program bantuan kewangan pendidikan tinggi kepada pelajar yang layak di kawasannya membabitkan agihan RM 39,800.

Sementara itu, beliau turut memuji Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako yang muncul tiga sekolah terbaik di Sarawak bagi Sijil Persekolahan Tinggi Malaysia (STPM) sejak empat tahun lalu.

Jelasnya, terdapat peningkatan mendadak bagi pelajar yang mendaftar untuk mengambil STPM sejak 11 tahun lalu di kawasan itu.

“Dahulu hanya terdapat sekitar 50 hingga 60 pelajar setahun tetapi kini meningkat kepada 250 pelajar setahun,” ujarnya lagi.

Berhubung permintaan untuk bidang kemahiran teknikal yang semakin meningkat, beliau turut menggesa pelajar yang melanjutkan pelajaran supaya mempertimbangkan kursus berkenaan.

“ (Ini kerana bidang ini memainkan) peranan penting untuk mengendalikan projek Kerajaan Sarawak terutamanya dalam industri baharu muncul seperti tenaga hidro, solar, hidrogen, pengurusan karbon, mikro alga dan tenaga sentetik,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan