Search
Close this search box.
Sri Aman dan Betong, di Sarawak antara kawasan yang diramal berlaku kejadian ribut petir hari ini. Foto hiasan, Envato.

Beberapa kawasan di Sarawak alami ribut petir sehingga tengah hari – MetMalaysia

KUCHING, 7 Jan: Beberapa kawasan di Sarawak diramal berlaku kejadian ribut petir sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) antara kawasan yang terlibat ialah Kuching, Bau, Serian dan Samarahan.

Selain itu Sri Aman, Betong, Pakan, Julau, Kanowit dan Song di Kapit juga dijangka akan menghadapi keadaan cuaca serupa.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam atau dijangka berlaku dalam tempoh melebihi sejam.

“Ini merupakan amaran jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam selepas notis dikeluarkan,” jelas kenyataan MetMalaysia pagi ini.

Selain itu, beberapa kawasan di Sabah iaitu Beluran, Kinabatangan, Telupid dan Sandakan juga dijangka akan menerima hujan lebat.

Hujan lebat dan angin kencang juga diramal berlaku di Bentong, Maran dan Bera di Pahang selain Melaka dan Negeri Sembilan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan