31 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi di ibu kota


KUALA LUMPUR, 7 Jan: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menggempur tiga kawasan panas lokasi tumpuan pendatang tanpa izin di sekitar ibu kota  malam ini dan menahan 31 warga asing atas pelbagai kesalahan.