Search
Close this search box.
Joseph Kalang Tie. Foto: Kuching City FC

Saya belum bersara dari dunia bola sepak – Joseph Kalang

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 6 JAN: “Saya belum lagi bersara dari dunia bola sepak,” tegas pemain bola sepak legenda Sarawak, Joseph Kalang Tie meskipun ramai rakan seangkatannya mengambil keputusan untuk menggantung kasut.

Kenyataan itu didedahkan beliau kepada TVS berikutan baru-baru ini penyerang prolifik kelahiran Baram, Miri tersebut berbaur bayangan bahawa bakal bersara sebagai pemain bola sepak profesional dalam satu hantaran di Facebooknya.

Menurut Joseph dia belum bersedia untuk bersara dalam dunia bola sepak pada ketika ini.

Namun ketika diminta  mengulas hala tuju bekas ketua pasukan Kuching City FC itu selepas ini, beliau enggan memberi sebarang reaksi.

Terdahulu, hantaran terbabit merakam berkaitan kenangan lima tahun penuh makna bersama pasukan Kuching City FC dengan catatan Joseph menitipkan pesanan “buat masa ini selamat tinggal”.

Untuk rekod Josep pernah mencipta sensasi bersama pasukan Sarawak FA (2006-2007), Terengganu FA (2008-2011), Pahang FA (2017), Selangor FA (2018) sebelum mengakhiri kariernya bersama pasukan Kuching City FC selama 5 tahun.

Joseph juga pernah membuat kemunculan bersama skuad kebangsaan sebanyak sembilan kali dengan menjaringkan dua gol.

Berdasarkan perkembangan semasa, Joseph ketika ini difahamkan sedang menggalas tugas mengemudi pasukan Kuching Bawah 20 tahun sebagai Ketua Jurulatih dan telah menghadapi saingan Liga Bola Sepak Lelaki SSC-FAS B20 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan