Search
Close this search box.
Annuar Rapaee menyampaikan skrol kepada salah seorang graduan pada Majlis Konvokesyen TCS ke-18 di Dewan Majma' Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah Kuching, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS).

Kerajaan Sarawak bantu TCS disenarai semula pembiayaan pendidikan MARA

KUCHING, 6 Jan: Kerajaan Sarawak akan membantu Technology College Sarawak (TCS) untuk disenaraikan semula dalam senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang layak menerima pembiayaan pendidikan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif itu berikutan mengambil kira hampir 75 peratus pelajar yang melanjutkan pelajaran di kolej berkenaan merupakan mereka yang berasal dari luar bandar.

Senaraikan semula TCS College dalam pembiayaan MARA | TVS

“Kerajaan Sarawak ambil berat mengenai permintaan Technology College Sarawak (TCS) untuk dimasukkan semula ke dalam senarai IPT yang diluluskan untuk menerima bantuan pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Ini agar pelajar yang datang dari Sarawak dan Sabah terutamanya dari kawasan luar bandar dapat menerima pinjaman pelajaran dan mempunyai sokongan kewangan seperti elaun sara hidup bulanan.

“Justeru, kerajaan berpendirian kukuh bahawa pembangunan sumber manusia dan bakat adalah amat penting untuk masa depan Sarawak dalam usahanya untuk menjadi sebuah negeri maju dengan pendapatan tinggi dan persekitaran pembangunan mampan menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee pada Konvokesyen ke-18 Kolej Teknologi Sarawak (TCS) di Dewan Majma’ Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari menekankan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan serta bahasa rasmi kedua di negeri ini memandangkan bahasa tersebut digunakan seantero dunia.

“Sarawak tegas dalam menggunakan Bahasa Inggeris di semua peringkat pendidikan serta sebagai bahasa rasmi kedua, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan kita.

“Ini kerana Bahasa Inggeris diguna secara meluas di peringkat global dari segi pemahaman dan kemajuan sains dan teknologi, serta bahasa global dalam dunia perniagaan dan perdagangan.

“Jelas sekali Sarawak akan ketinggalan belakang sekiranya orang (kita) Sarawak tidak dapat menguasai bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Terdahulu, bertemakan ‘Passionate for Success”, majlis konvokesyen itu menyaksikan seramai 359 graduan daripada lima program menerima skrol masing-masing.

Untuk rekod, TCS merupakan IPTS terbesar bagi pelajar tajaan MARA untuk melanjutkan pelajaran dari 2004 hingga 2014 yang kebanyakannya adalah pelajar miskin tegar dari kawasan luar bandar Sarawak dan Sabah yang menjadi fokus utama institusi tersebut.

Walaubagaimanapun, MARA tidak lagi membiayai pengajian di institut berkenaan sejak 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan