Search
Close this search box.
Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mencampak seekor anak kucing dari tingkat satu di sebuah flat di Cheras, Disember tahun lepas. Foto hiasan Envato

Suri rumah didakwa campak kucing dari tingkat satu sebuah flat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencampak seekor anak kucing dari tingkat satu di sebuah flat di Cheras, Disember tahun lepas.

Nina Norhaslinda Mazlan, 44, didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu di hadapan sebuah unit flat itu  pada 7.35 pagi, 25 Dis lepas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang membawa hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Fadzilah Abdul Karim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

Nina yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana dia tidak mempunyai pendapatan.

Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Feb untuk sebutan kes bagi lantikan peguam. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan