Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee ditemui pada Sidang Media Khas: Apirasi Pembangunan Komuniti Jepak, di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)
Iskandar Turkee pada sidang media bagi mengumumkan program Jom Gegar Jepak: Sahabat Maritim Bebas Dadah. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Perkasa belia menerusi Jom Gegar Jepak: Sahabat Maritim Bebas Dadah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 5 Jan: Memperkasa belia dengan pengetahuan dan kemahiran bagi membantu menangani aktiviti jenayah di perairan dan penyalahgunaan dadah, itu adalah objektif penganjuran Jom Gegar Jepak: Sahabat Maritim Bebas Dadah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata program diadakan pada 13 Januari itu kelak akan menyalurkan maklumat dengan memberi pendedahan dan pengetahuan dengan para belia.

Menurutnya, program ini juga akan menjadi landasan membentuk belia sebagai agen perubahan positif dalam masyarakat.

“Program ini juga akan diisi dengan perkongsian maklumat terkini mengenai bantuan, sokongan dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan dan agensi kerajaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Program ini akan dilaksanakan di pekarangan Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu yang akan bermula pada 7 pagi hingga 5 petang.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, rakan strategik program itu melibatkan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Jepak, Majlis Pembangunan Sosial Sarawak, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Bintulu, Pejabat Daerah Bintulu dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pejabat Zon Maritim Bintulu.

Selain itu, pihak lain yang terlibat adalah Lembaga Kemajuan Bintulu, Polis Diraja Malaysia Bintulu, Pejabat Penerangan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Bintulu, Hospital Bintulu, Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM), Boulevard Shopping Mall dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jepak.

Program ini juga akan melibatkan pelbagai aktiviti termasuk forum, pertandingan sukan, pameran dan sebagainya, yang diharapkan akan dapat meningkatkan kesedaran dan memberikan pendidikan mengenai pencegahan dadah dalam kalangan masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan