Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan pengagihan dividen interim Amanah Saham Sarawak (ASSAR) sebanyak 2.5 sen seunit bagi Tahun Kewangan berakhir 30 Jun 2024. Foto: UKAS

Penstrukturan semula ASSAR berjaya agih RM11.71 juta dividen selepas 9 tahun – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 5 Jan: Tabung Amanah Saham Sarawak (ASSAR) berjaya mengagihkan RM11.71 juta dividen susulan pelaksanaan langkah penstrukturan semula pada 21 Oktober 2022 iaitu selepas sembilan tahun tanpa dividen.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pengagihan dividen interim 2.5 sen seunit itu kepada 57,613 pelabur bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 adalah dikira berdasarkan baki pegangan unit pada 31 Disember 2023 lalu.

Penstrukturan semula ASSAR berjaya agih RM11.71 juta dividen | TVS

Beliau bagaimanapun menekankan pengagihan itu adalah berdasarkan perolehan bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan semasa.

“Hal ini amatlah memberangsangkan memandangkan Tabung ASSAR pasca penstrukturan hanya siap dilaburkan sepenuhnya pada Julai 2023.

“Mudah-mudahan prestasi enam bulan yang akan datang juga memberangsangkan. Sudah tentu agihannya juga sekurang-kurangnya samalah. Pengagihan julung kali pasca penstrukturan semula ASSAR ini, selepas sembilan tahun tanpa dividen akan melibatkan pengagihan sebanyak RM11.71 juta kepada 57,613 pelabur,” katanya pada Majlis Pengumuman Pengagihan Dividen Interim Amanah Saham Sarawak (ASSAR) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ketika mengambil alih jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak, ASSAR merupakan antara perkara yang dirancang beliau untuk distruktur semula.

Antara pendekatan pelaburan ASSAR selepas distruktur semula menurut beliau adalah mengubah nisbah pelaburan kepada instrumen tetap yang memberi pulangan lebih konsisten.

“Hanya beberapa peratus sahaja kepada ekuiti pasaran, kerana kita tahu ia sangat tidak menentu.

Sebenarnya pihak lembaga pengarah sudah berada di tahap berputus asa, tetapi saya tidak mahu dan percaya ada penyelesaian kepada situasi ini. Alhamdullilah dengan penstrukturan semula ASSAR, hari ini kita boleh bagi dividen kepada semua,” ujarnya.

Abang Johari dalam pada itu meyakini bahawa pulangan akan terus konsisten susulan potensi Sarawak sebagai wilayah peneraju tenaga hijau, walaupun menjangkau lebih dari tahun 2030.

Mengikut kerangka perumpukan aset dan strategi baharu ASSAR, sekurang-kurangnya 70 peratus daripada aset ASSAR adalah untuk pelaburan sekuriti berpendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit; manakala maksimum 30 peratus adalah untuk pelaburan dalam pasaran ekuiti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan