Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Saham Sarawak Berhad, Norlia Madon. Foto: TVS

Penstrukturan semula adalah nafas baharu kepada ASSAR

ByOdleen Catherny

KUCHING, 5 Jan: Penstrukturan semula Amanah Saham Sarawak (ASSAR) memberi nafas baharu kepada tabung itu dengan kejayaan mengagihkan dividen interim kepada pelaburnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Saham Sarawak Berhad, Norlia Madon berkata pengagihan pendapatan kepada pelaburnya selepas sembilan tahun itu turut menyaksikan peningkatan nilai aset bersih assar melebihi RM1 seunit.

“Sebenarnya, Nilai Aset Bersih (NAB) meskipun selepas pengagihan, adalah berada pada paras RM1.06 sen.

“Jadi, sebab itulah kami menggalakkan para pelabur kalau boleh tambahkan pelaburan di dalam ASSAR sebab ASSAR telah diberi nafas baru dari segi penstrukturan pelaburannya,” katanya ketika ditemui TVS di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Terdahulu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan Nilai Aset Bersih (NAB) seunit ASSAR telah meningkat secara konsisten kepada RM1.0854 pada 31 Disember 2023, iaitu pertumbuhan sebanyak 8.54 peratus sejak penstrukturannya pada 21 Oktober 2022.

Menurut beliau jumlah pendapatan kasar ASSAR yang dijana bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun 2024 ialah RM15.59 juta, yang mana 49 peratus atau RM7.59 juta adalah pendapatan faedah sekuriti berpendapatan tetap, 33 peratus atau RM5.14 juta merupakan keuntungan daripada penjualan ekuiti atau saham.

Manakala, kata beliau selebihnya iaitu 18 peratus atau RM2.86 juta merupakan pendapatan dividen daripada pegangan ekuiti, pendapatan faedah daripada instrumen pasaran wang dan keuntungan modal daripada penjualan sekuriti pendapatan tetap

“Setelah ditolak perbelanjaan, pendapatan bersih tabung ASSAR untuk enam bulan tersebut adalah sebanyak RM13.29 juta.

Alhamdulillah, setakat 31 Disember 2023 jumlah unit ASSAR telah meningkat daripada 100 juta unit pada awal pelancarannya kepada 468.35 juta unit, melibatkan penyertaan seramai 57,613 pelabur,” ujar Abang Johari pada majlis yang sama.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan